Cantik & cute sgt2 tgk pic ni..Aku minta izin ye share pic ni,,,petikan di bawah ni di ambil dari pakar cinta.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati oleh
Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah..
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh
berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum
tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri
sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut
sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
CUBALAH!!
8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Sama2 la kita melakukan perkara2 yang DFK da bg ni ye..InsyaAllah hati kite akan tenang...