Pages

Friday, September 26, 2014

Nugget Ayam

Salam semua. Boring2 ni pekena nugget panas ni best. Nk kluar umah malas betul rase nya. So apa lg tangan ni menggatal la nk buat nugget ni.Haaa buat sendiri tau lg puas. Aku bubuh cheese banyak 2.


Haaaa nampak tu cheese die.. Yang special nye nugget ni aku wat bakar, Tak goreng.. tu sebab ada hitam2 tu..Nak tau ke resepi dia. Meh aku kongsi.

1) Ayam separuh
2) Bread Crump
3) Garam
4)Cheese Cheddar

Mula2 blander ayam tu,Buh sikit je air jangan banyak2 nanti cair,klu x buh air pun tak pe.Pastu letak garam sikit. Ayam tadi lenyekkan cam bentuk nugget tapi tengah2 tu buh cheese. Jangan sampai cheese tu terkeluar , nanti bila goreng cheese nya keluar. da membazir. Pastu doh tu sapu pelan2 ngan bread crump . da siap..sedia untk di goreng / dibakar.Senang kan

Thursday, September 25, 2014

Lempeng Pisang

Assalamualaikum & salam sejahtera. Pagi ni teringin plak nk buat lempeng pisang. Smlm buat cekodok pisang goreng. Asben ckp ada minyak. Memang la ada minyak sebab goreng.. Hmm so aku tukar la. Lempeng ni aku masak atas dapur x de minyak..buh je atas kuali.. Suka mkn ni sebab masa keje ofis lama driver office suka belikan . Beli kat kg baru.. Memang best la kan. Kat office tu letak je la apa saja mknn.. Memang cam piranna la..






Haaa cam menarik tak.Nak tau buat camner.. Ok2 la aku bg resepi.. Senang jer..

Bahan2..
1)Pisang ( apa2 pisang je yg masak)
2)Tepung gandum
3)Gula
4)Air
5)Garam
6)Kelapa Parut
8)Daun pisang

Mula2 campur je pisang,tepung,gula ckit. Pastu campur plak ngan air yg da bubuh garam ckit.. Kacau je. Pastu panaskan kuali. Letak la daun pisang. Letakkan bahan yg da digaul td atas daun pisang. Then masak je. Ikut suka la nk masak berapa lama. Agak2 je . Cam masak cekodok biase tu. 

Pastu da masak tabur kelapa parut . Campur ckit ngan garam bg lemak ckit. Sori x de sukatan tau.. Sebab main masuk 2 je..

Da siap.. Bleh la hidang.. 

Tongkeng Ayam

Hiii blogger2.. Pagi2 lg aku da buka blog. Aku baru nk menjinak2 kan diri buat blog ni.. Kalau sebelum ni blog aku untuk business.. So skrng rajin nk update utk apa-apa aje cerita.. Almaklum la dah tak keje ni..

Kali ni nak ceter pasal tongkeng ayam. Aku ni da jd cam fan ngan tongkeng ayam plak. Sejak bila pun aku tak tahu. Dulu2 nye cerita tak de la minat pun. Sekarang ni klu singgah je pasar lambak mesti beli punya. Mesti ada yg tak tahu pasar lambak tu apa. Utk org johor biasa guna bahasa ni. Makna nya pasar mlm.. Maybe sebab barang macam2 dijual kat pasar kot sbb tu la panggil pasar lambak.



 Haa tgk picture ni pun rasa terliur..Tongkeng ni boleh dimasak apa saja.madu, goreng, salai, lomak cili api , apa2 la. Org kate boleh mencantikkan kulit. Tak tahu la betul k idak. Pastu org tua kata tak elok. Nanti mulut jadi becok. Hehe sebenarnya derang tak bg mkn sebab derang nk mkn. Benda sedap..

Tuesday, September 23, 2014

Tip tenangkan diri







Cantik & cute sgt2 tgk pic ni..Aku minta izin ye share pic ni,,,petikan di bawah ni di ambil dari pakar cinta.


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati oleh Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah..

Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah..

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

CUBALAH!!

8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sama2 la kita melakukan perkara2 yang DFK da bg ni ye..InsyaAllah hati kite akan tenang...


 

Blog Template by BloggerCandy.com